Sunday, January 8, 2012

Ulasan Buku "Pemimpin 360 Darjah"

Bukannya xde keje lain nk sibuk2 wat ulasan buku...ni tuk ujian lisan bm........ulasan ni sy yg wat brdsrkn pndangn sendiri.....jd sy mmg syorkan buku ni kpd smua golongn trutama yg ske jd 'boss'...hehe :D.Ulasan ni mmg 'formal' skit sbb kna present dpan cikgu & classmates.


Buku yang bertajuk 'Pemimpin 360 Darjah' ini sebenarnya merupakan edisi Bahasa Melayu buku 'The 360 Degrees Leader' nukilan John C. Maxwell.Buku ini bukan sahaja berguna kepada pemimpin-pemimpin tertinggi dalam sesebuah organisasi malah wajar dimanfaatkan oleh semua individu dalam setiap lapisan organisasi.Buku ini lebih daripada mengajar pembaca bagaimana hendak memimpin orang lain kerana pengarang turut menyelitkan cara-cara bagaimana hendak memimpin diri ke arah kejayaan.Saya pasti sebagai calon peperiksaan SPM dan tidak lupa sebagai senior kepada para pelajar Ting. 1-Ting. 4 kita tertanya-tanya apakah cara yang terbaik bagi mendapatkan hasil yang terbaik daripada setiap perkara yang dilakukan.


Buku ini terbahagi kepada beberapa bahagian.Bahagian pertama menerangkan maksud 'Pemimpin 360'.Terdapat beberapa mitos yang diungkitkan di sini. Hampir semua daripada kita yang berpendapat bahawa hanya mereka yang mempunyai kedudukan yang penting sahaja boleh memimpin.Hakikatnya,tidak.Menurut pengarang,daya kepimpinan bersifat dinamik dan hak memimpin perlu diperoleh melalui hubungan yang dijalin dengan setiap individu.Tempat kita dalam 'tingkat kepimpinan' bergangtung pda hubungan kita dengan individu itu sejak awal lagi.Tambahan pula,kita bermula dari tingkat paling bawah.Ada juga yang takut untuk bertindak kerana mendakwa kekurangan pengalaman membataskan pandangan mereka terhadap sesuatu hal.Tetapi mereka tidak sedar bahawa hanya dengan melakukan sesuatu kita akan dapat menerokai cara yang terbaik bagi melakukan kerja tersebut.


Bahagian 2 menyentuh cabaran-cabaran yang dihadapi oleh seorang pemimpin.Seseorang pemimpin atasan harus mempunyai ketenangan dan dapat menylesaikan sesuatu konflik dengan waras.Mereka tidak bolah cepat berputus asa ataupun cepat melatah apbila menghadapi masalah yang rumit.Semua pemimpin juga harus mahir memakai pelbagai topi atau dalam istilah Bahasa Inggerisnya,'multitask'.Mereka tidak boleh hanya menumpukan perhatian kepada satu kerja sahaja.Pada amnya, kedudukan yang lebih tinggi dalam sesebuah organisasi mendatangkan halangan yang lebih besar.Oleh itu, seorang pepimpin pertengahan atau bawahan dapat meluaskan pengaruhnya dengan lebih mudah kerana mempunyai tanggungjawab yang lebih kecil jika dibandingkan dengan pemimpin atasan.


Bahagian 3 menekankan Prinsip 'Pemimpin 360 Darjah Memimpin Pegawai Atasan'.Misalnya,jika kita merupakan seorang setiausaha,kita harus mengetahui cara-cara memimpin majikan.Memimpin ya,bukannya mengarah.Pertama sekali,seperti yang saya katakan tadi,kita harus memimpin diri sendiri dahulu.Pastikan kita menyiapkan segala tugasan kita dengan sempurna.Ini secara tidak langsung akan membuatkan orang lain menghormati kita.Prinsip yang seterusnya pula berkait dengan memupuk hubungan yang serasi serta menjadi orang harapan ketua.Prinsip ini tidak bermaksud kita harus membodek ketua.Sekiranya kita belajar menyesuaikan diri dengan personaliti pemimpin dan dalam pada masa yang sama mengekalkan personaliti diri dan integriti kita,kita akan dapat memimpin mereka.


Bahagian 4 & 5 menyentuh topik 'Amalan Pemimpin 360 Darjah Memimpin Rakan Sejawat'.Dalam bahagian ini pengarang mengesyorkan pembaca agar mengambil 'Pusingan Kepimpinan' sebagai panduan.Pertama sekali,kita harus mengambil berat tentang diri rakan-rakan.Kita perlu menunjukkan yang kita benar-benar mengambil berat dan menaruh minat terhadap mereka.Cari sebab-sebab untuk menyukai mereka kerena perbuatan ini akan memudahkan kita bekerja dengan mereka.Selain itu,kita harus menghargai serta menghormati mereka.Di samping itu,kita perlu mengungkapkan penghargaan kita dengan mengakui kewujudan mereka.Kita harus berusaha untuk menjadi penyokong kuat mereka.Puji kelebihan mereka.Iktiraf kejayaan mereka.Puji mereka dengan ikhlas pada setiap kesempatan.Suatu hari nanti,kita mungkin berpeluang mempengaruhi mereka.


Kepimpinan adalah kemahiran yang rumit dan sukar.Pemimpin yang paling hebat dalam lipatan sejarah juga mempunyai beberapa kelemahan.Bahagian 6 buku ini menekankan nilai-nilai yang perlu dimiliki seorang pemimpin bagi mengatasi kekurangan mereka.Kepimpinan bermula dari mana kita kini,bukan di mana kita mahu berada.Bagi mengetahui bagaimana ke tempat yang mahu kita tujui,kita perlu tahu kedudukan kita sekarang.Bagi tiba di tempat yang kita mahu pergi,kita perlu fokus dalam perkara yang sedang kita lakukan sekarang.


Itulah tadi sedikit sebanyak intiparti buku karangan John C.Maxwell.Mungkin sebagai pelajar sekolah menegah kita tidak memerlukan ilmu kepimpinan yang begitu banyak tetapi saya pasti apabila melangkah ke alam universiti kita past memerlukan ilmu-ilmu kepimpinan tersebut.Ini adalah kerana kita akan menggangotai organisasi yang terdiri dari golongan dewasa.

No comments:

Post a Comment