Terima kasih, Tuan Pengerusi Majlis.Yang Arif lagi bijaksana, panel penilai,penjaga masa yang setia dengan detik waktunya dan rakan-rakan yang dihormati. Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia saya ucapkan.
Tajuk syarahan yang menjadi pilihan saya pada hari ini ialah "Ibubapa Memainkan Peranan Penting Dalam Memupuk Minat Membaca Dalam Kalangan Kanak-Kanak".Mengapakah saya memilih tajuk ini dan apakah yang ingin saya kupas daripada tajuk ini? Tajuk ini mengingatkan saya tentang wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W iaitu surah al-Alaq ayat1-5 yang memerintahkan umat Islam supaya membaca.Ini adalah kerana melalui pembacaan seseorang itu akan mendapat ilmu atau menambahkan ilmunya.Dengan membaca atau membuat kajian seseorang itu akan dapat mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelbagai bidang dan seterusnya dapat meningkatkan tamadunnya. Selaras dengan ungkapan "Ilmu Pelita Hidup" kepentingan budaya membaca tidak dapat dinafikan lagi .Jadi, hadirin sekalian, pada hari ini saya ingin menerangkan beberapa peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan anak.
Hadirin sekalian,
Ibubapa harus berpegang kepada peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya.Anak-anak perlu disemai dengan budaya membaca sejak kecil lagi supaya ianya dapat diterapkan dalam jiwa anak-anak.Dalam hal ini, ibu bapa perlu menyediakan bahan bacaan untuk anak-anak.Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur berkata ibu bapa juga harus bijak menggunakan pendekatan terkini untuk memperluaskan bahan bacaan yang disukai dan sesuai dengan peringkat umur anak mereka.Ibubapa pada masa kini seharusnya lebih peka dengan semua ini dan tidak hanya memandang ringan akan perkara ini kerana ibubapa hanya pandai menbazirkan duit dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah . Tidak salah sekiranya sesekali ibubapa menbazirkan wang ringgit mereka untuk membeli buku kepada anak-anak kerana buku untuk anak-anak lebih penting daripada segalanya .
Ibu bapa juga harus menjadi teladan kepada anak-anak. Apabila ibubapa sendiri gemar membaca,anak-anak akan terikut-ikut dengan tabiat baik ibubapa mereka itu. Misalnya,ibubapa boleh membawa anak-anak mereka ke perpustakaan semingu sekali.Ibu bapa tidak harus terlalu sibuk dalam pekerjaan dan harus meluangkan masa demi menemani anak-anak membaca. Janganlah ibu bapa menganggap tindakan ini adalah bagai tiada beban batu digalas ataupun menghitung bulu kambing, kerana anak-anak amat memerlukan dorongan dan juga temanan ibu bapa. Ibubapa yang menyuruh anak-anak mereka membaca tetapi mereka sendiri tidak mempraktikkan amalan tersebut boleh disifatkan seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan dengan betul.Bukankah ini tidak adil bagi kanak-kanak tersebut?
Warga dewan sekalian,
Ibu bapa boleh mengambil inisiatif seperti mewujudkan perpustakaan mini di rumah dan menetapkan waktu untuk membaca. ibu bapa juga perlu menyediakan ruang bacaan yang secukup besarnya. Ruang bacaan bolehlah diletakkan di tetamu atau bilik kosong, yang paling penting ialah selesa dan cahaya yang mencukupi. Ibu bapa dapat membeli buku-buku rujukan untuk menggalakkan anak-anak membaca. Sehubungan dengan itu, ibu bapa juga dapat menyediakan komputer untuk membolehkan anak-anak membuat rujukan melalui internet.Ini adalah kerana dengan kewujudan infrastruktur digital dan teknologi maklumat yang semakin berkembang di kalangan masyarakat, generasi muda lebih gemar dan selesa untuk melayari internet bagi mendapatkan maklumat.
Ibu bapa juga hendaklah menggalakkan anak-anak untuk membaca buku dengan cara mendaftar anak mereka menyertai kelab buku. Melalui penyertaan dalam kelab buku, anak-anak akan menyertai pelbagai aktiviti dan mengetahui perkembangan buku yang terkini.Sebagai contohnya, anak-anak boleh menjadi ahli Kelab Buku Ilmiah yang ditubuhkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.Apabila anak-anak menjadi ahli kelab buku, mereka didedahkan dengan pelbagai perkara yang berkaitan dengan buku dan mereka tidaklah menjadi seperti katak di bawah tempurung.
Ibu Bapa amat memainkan peranan untuk menerapkan amalan membaca dalam kalangan anak anak.Membaca buku bagaikan menggembara dan meneroka ke dunia baru. Buku harus dijadikan teman setia walau dimana jua anak mereka berada. Ibubapa patut sedar akan tanggungjawab yang murni ini agar anak mereka tidak ketinggalan dalam dunia yang serba canggih sekarang ini! Anak-anak perlu dilengkapi dengan ilmu yang penuh didada supaya boleh menjadi insan yang cemerlang, gemilang, & terbilang!
No comments:
Post a Comment